SATU penyelesaian untuk penyampaian iklan dan jualan

SATU penyelesaian untuk
penyampaian iklan dan jualan

AllMediaDesk menawarkan perisian yang mampu menggantikan seluruh kumpulan perisian untuk fungsi perancangan dan penghantaran media gua satu kaedah penyelesaian. Jika perlu, komponen individu penyelesaian boleh dibeli dan disambung pada perisian dalaman yang sedia ada. Selain itu, kami juga menawar untuk selaraskan penyelesaian kami mengikut keperluan anda.

 Sistem awan boleh diubah skala

Sistem awan boleh diubah skala

Teknologi ini direka dalam bentuk sistem awan, yang menjamin ketersediaan maksimum dan skalabiliti yang optimum. Tambahan kepada perisian, AllMediaDesk juga menawarkan fungsi pengehosan dalam sistem awannya sendiri, tetapi juga boleh menampung perkhidmatan awan seperti AWS dan Azure.

Boleh disesuaikan dan disepadukan dengan sempurna

Boleh disesuaikan dan
disepadukan dengan sempurna

Untuk memastikan perisian tersebut memenuhi keperluan anda, kami boleh menyelaraskan perisian untuk memenuhi keperluan anda dan sambungkannya kepada sistem sedia ada melalui API individu.

Kebebasan penggunaan peranti pada semua lokasi

Kebebasan penggunaan
peranti pada semua lokasi

Perisian AllMediaDesk dibangunkan menggunakan teknologi web moden. Ini memudahkan penggunaan antara muka pada pelbagai peranti berbeza dari lokasi yang berbeza.

Penyelesaian AllMediaDesk mengandungi komponen berikut:

ADPERFORM
DSP, pengurusan kempen dan alat perancangan

AdPerform

DSP, pengurusan kempen dan alat perancangan

AdPerform ialah alat pengurusan kempen semua-dalam-satu yang beri akses kepada perancangan dan tempahan kempen pengiklanan dalam pelbagai saluran media.

AdPerform juga boleh digunakan oleh pengiklan dan agensi media untuk sambung secara lancar ke sistem dalaman pemilik media, dimana mereka dapat pilih untuk tempah pelan media secara terus dengan tekan satu butang sahaja. Sambungan lancar ini juga benarkan inventori yang tersedia diambil kira semasa proses perancangan.

AdPerform membenarkan anda untuk merancang kempen secara manual atau automatik. Apabila mengguna ciri perancangan automatik, kecerdasan buatan inovatif kami membantu pengguna untuk mencipta pelan media yang optimum mengikut spesifikasi pengguna dalam masa yang singkat.

Selain perancangan dan tempahan klasik, AdPerform sebagai DSP menyokong kempen program dalam media linear dan juga digital. Dalam bidang ini, banyak jenis sumber data – seperti data cuaca – boleh digunakan untuk mengoptimumkan kempen secara automatik dalam masa nyata.

SSP, Pelayan Iklan dan pengurusan inventori

AdOptimize

SSP, Pelayan Iklan dan pengurusan inventori

AdOptimize ialah penyelesaian perisian yang unggul untuk pemilik media mengurus inventori pengiklanan mereka secara berkesan.

AdOptimize berfungsi sebagai perisian penjadualan untuk media linear serta SSP dan Pelayan Iklan untuk tawaran digital. SSP ini, bersama penyuntik iklan kami, AdBreak, mengendalikan penyampaian iklan. AdOptimize buka akses kepada komposisi automatik blok pengiklanan di semua kawasan tanpa terlalu banyak kerja manual.

Selain itu, AdOptimize menawarkan syarikat media rumusan yang optimum bagi inventori mereka melalui pelbagai jenis papan pemuka. Melalui pengurusan peraturan yang canggih, alat ini benarkan anda menjana keuntungan inventori pengiklanan yang terhad dengan cara yang berkesan.

Sisipan Iklan untuk Video dan Audio Dalam Talian

AdBreak

Sisipan Iklan untuk Video dan Audio Dalam Talian

AdBreak ialah penyelesaian sisipan iklan untuk video dan audio dalam talian. Ia benarkan penyepaduan lancar iklan ke dalam kandungan media yang distrim guna pelbagai kaedah.

Perisian kami serasi dengan semua teknologi penstriman biasa dan akan disepadukan dengan mudah sebagai perisian yang dipasang pada pelayan penstriman.

Disepadukan dengan berkesan ke dalam antara muka pengguna AdPerform dan AdOptimize, produk ini berikan proses penyampaian iklan yang lengkap dalam satu penyelesaian perisian.