Cara kami membina perisian khusus anda

Penyelesaian perisian semasa AllMediaDesk telah dibangunkan dalam tempoh lebih daripada 10 tahun. Walau bagaimanapun, kami tahu keperluan ciri khusus pasaran atau proses perniagaan dalaman yang unik yang perlukan pembangunan khusus. Kami menawarkan penyesuaian perisian mengikut proses berikut.

Persembahan

1

Persembahan

Pada langkah pertama, kami akan berikan anda gambaran keseluruhan tentang penyelesaian perisian kami oada bentuk asal dan menunjukkan kepada anda pelbagai potensinya.

Bengkel & senarai keperluan

2

Bengkel & senarai keperluan

Jika anda boleh dapat manfaat dari perisian kami, kami akan menganjurkan sesi bengkel untuk membincangkan aliran kerja perniagaan anda dengan sistem sedia ada dengan ahli pakar anda dari pelbagai bidang. Bersama-sama kita akan menilai keperluan perniagaan semasa dan masa hadapan dan mencatatnya pada senarai keperluan.

Analisis jurang & penentuan kos

3

Analisis jurang & penentuan kos

Selepas analisis menyeluruh tentang keperluan, AllMediaDesk akan buat perbandingan terperinci ciri perisian semasa dan keperluan. Berdasarkan ini, kami akan brsama-sama buat keputusan dengan perubahan yang diperlukan dan, atas dasar ini, bekalkan tawaran.

Pembangunan & Ujian

4

Pembangunan & Ujian

Selepas permulaan operasi, kami akan buat perubahan dan tambah ciri yang diminta. Matlamat kami ialah untuk membangunkan lagi keseluruhan sistem dan bukan bina pangkalan kod yang berasingan untuk pelanggan individu.

Ujian Persetujuan Pengguna

5

Ujian Persetujuan Pengguna

Selepas AllMediaDesk berjaya buat ujian, kami akan berikan perisian kepada anda untuk memastikan semua perubahan dan sambungan yang diingini telah dilaksanakan ikut keperluan anda.

Pelancaran

6

Pelancaran

Selepas ujian pembangunan dan persetujuan berjaya, perisian itu akan dilancarkan.

Antara muka kepada sistem sedia ada

Antara muka kepada sistem sedia ada

Antara muka ialah piawai untuk pembangunan individu untuk projek AllMediaDesk. Dengan bantuan API yang dibangunkan secara individu, AllMediaDesk boleh disambungkan walaupun anda tidak menggunakan perisian yang serasi dengan AllMediaDesk.

Kisah Kejayaan pelanggan kami

More Marketing ialah pusat jualan serantau bagi stesen radio terkemuka di Hamburg, Jerman. AllMediaDesk membina versi ringkas alat perancangannya yang disepadukan ke dalam laman web mereka. Alat web ini membenarkan pengiklan merancang dan menghantar permintaan kempen secara ringkas.

Adakah anda berminat untuk dapatkan penyelesaian perisian kami yang disesuaikan dengan keperluan anda?

Hubungi kami sekarang